Monday, 9 October 2023

Mengapa Saya memilih vitamin Shaklee?

 Assalamualaikum,

Entry kali ini kima nak share tentang istimewanya vitamin c shaklee yang buat kita tak pandang dah jenama lain.Sebelum kima kenal shaklee,kebiasaanya kima beli vitamin c untuk family di farmasi sahaja.Tapi bila join shaklee,ada pulak vitamin c so tergerak la nak cuba.Dah alang-alang member shaklee.Beli la vitamin c shaklee.






Tahukah anda?

Shaklee merupakan jenama pertama yang menghasilkan vitamin C .

Tapi tahukah anda apakah bahan-bahan yang terkandung dalam supplement yang anda ambil tu? Berapa lama ia dikaji untuk memastikan bahawa ia benar-benar selamat untuk diambil dalam jangka masa yang panjang? Pernah terfikir tak?

Memang ramai penjual-penjual supplement di Malaysia ni, even kat seluruh dunia kot yang cakap supplement atau produk mereka ni selamat dan bagus sebab ia melalui proses R&D. R&D tu satu permulaan je, tapi agak-agak mereka ni study tak kesan dia dalam masa 5, 10 atau 20 tahun?

Keistimewaan Vitamin C Shaklee



  • Sustained Release Vita-C PlusTM adalah produk semula jadi yang diperolehi daripada ekstrak jagung yang sesuai untuk mereka yang mempunyai perut sensitif.

  • Ia mempunyai sistem pelepasan berperingkat yang melepaskan 500mg vitamin C dalam masa lima jam untuk meningkatkan penggunaan vitamin C dan mengurang pembaziran. Ini bersamaan dengan pengambilan satu setengah biji oren setiap jam selama lima jam.

  • Diperkayakan dengan 120mg bioflavonoid sitrus yang bertindak secara sinergi dengan vitamin C, untuk meningkatkan lagi keberkesananya.

Perbezaaan Vitamin Shaklee berbanding jenama lain

  • Shaklee bukan saja mengeluarkan supplement yang selamat dan berkesan, tetapi setiap bahan yang memasuki botol, dengan botol tu sekali adalah mesra alam dan bebas dari segala bahan kimia terlarang.

  • Shaklee mengeluarkan produknya sendiri, bukan tolong jualkan bagi pihak manufacturer yang lain.

  • Shaklee ada range produk yang luas, bukan supplement saja tau, tapi produk penjagaan kulit, produk penjagaan rambut, untuk rumah pun ada! Semua produk dibawah label Shaklee (termasuk dari range homecare) diperbuat dari bahan-bahan semulajadi, dan berkualiti.

  • Shaklee mempunyai standard paling tinggi dalam industri nutrisi. Saintis2 Shaklee bukan sekadar ada PhD, tapi pakai dalam bidang mereka, ada diantara saintis2 Shaklee yang merupakan Nobel prize winner, dan publish banyak research paper.

  • Shaklee menyaring 350 kali bahan cemar, seperti racun perosak dan bendasing setiap kali bahan berani tiba2.

  • Shaklee menjalankan lebih 250 ujian racun serangga.

  • Saintis2 Shaklee melakukan 100,000 ujian kualiti setiap tahun untuk memastikan produk benar-benar selamat dan semulajadi. 

  • Setiap produk Shaklee tidak mengandungi bahan pengawet, pemanis atau perasa tambahan dan tiruan.

  • Produk Shaklee bebas gluten. 

  • Kesemua produk Shaklee bukan GMO, maksudnya, setiap produk Shaklee tidak diubah genetiknya (tidak dibaja, tidak disembur racun perosak, tidak disuntik dengan bahan perangsang tumbesaran). Shaklee pastikan ia tumbuh secara semulajadi dan asli, dari biji benih sehingga proses pengilangan.


Antara 10 Manfaat Vitamin C Shaklee:

  1. Mengurangkan risiko diserang selsema, batuk dan demam
  2. Membantu tingkatkan imun
  3. Membantu kuatkan gusi
  4. Membantu kurangkan jerawat dan sunburn
  5. Membantu kurangkan kedutan
  6. Membantu sembuhkan luka
  7. Membantu kurangkan rasa mual ketika hamil
  8. Mengurangkan masalah resdung
  9. Membantu kurangkan risiko penyakit jantung
  10. Membantu kuatkan tulang dan gigi


Macam mana, beza kan? Banyak lagi kelebihan Shaklee yang tak boleh jumpa kat produk-produk supplement lain

Ramai yang dah mengetahui keberkesanan Shaklee. Berminat untuk jadi ahli dan nikmati Shaklee tanpa perlu survey harga lain?

Contact Kima ya!


#blogmegashaklee
#shakleetriumph2023
#shakleethrive2023

Kepentingan Vitamin C Shaklee Dalam Kehidupan Harian Kita

 Hai,

Assalamualaikum,entry blog kali ini Kima akan share tentang kepentingan vitamin C shaklee dalam kehidupan seharian kita.

Apa itu Vitamin C?

 Vitamin C , juga dikenali sebagai asid askorbik adalah nutrien yang membantu pembentukan saluran darah, rawan, otot dan kolagen dalam tulang. Ia adalah vitamin larut air yang bermaksud ia larut dalam air dan dihantar ke tisu badan tetapi tidak disimpan.

Kepentingan Vitamin C?

Vitamin C penting untuk pelbagai fungsi fisiologi seperti pembentukan kolagen iaitu sejenis protein yang memberikan struktur kepada tulang, rawan, otot dan saluran darah. Selain itu, vitamin C juga dikenali sebagai antioksida semula jadi yang membantu melindungi sel daripada kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas.

Manusia yang kekurangan vitamin C, tidak boleh menggantikan kolagen di dalam badan mereka. Dengan itu, pelbagai jenis tisu dalam badan akan menjadi rosak dan ini membawa kepada penyakit skurvi (gusi yang bengkak berdarah dan kemerahan, penyembuhan luka lambat serta kehilangan gigi). Pada masa kini, kekurangan vitamin C dan skurvi adalah jarang berlaku. Gejala kekurangan vitamin C hanya berlaku jika pengambilan vitamin C adalah kurang daripada kira-kira 10 mg / hari untuk beberapa minggu.


Kajian-kajian telah menunjukkan bahawa vitamin C mungkin berkesan untuk:

  1. Selesema. Vitamin C adalah suplemen kesihatan yang popular untuk selesema. Namun, semakan pelbagai kajian berkaitan vitamin C mendapati tiada bukti bahawa vitamin C adalah berkesan untuk mencegah selesema. Walau bagaimanapun, pengambilan vitamin C secara tetap boleh mengurangkan tempoh dan keterukan selesema. Malangnya, penggunaan vitamin C selepas jangkitan selesema tidak mempunyai kesan yang sama.

  1. Kanser. Kajian menunjukkan bahawa pengambilan vitamin C yang tinggi daripada buah-buahan dan sayur-sayuran boleh mengurangkan risiko mendapat kanser tetapi vitamin C daripada suplemen kesihatan tidak membawa manfaat ini.

  1. Masalah penglihatan golongan tua (Age – related macular degeneration; AMD). Satu kajian besar yang melibatkan golongan tua dengan AMD mendapati kumpulan yang mengambil vitamin C dengan zink, vitamin E, beta karotena dan copper lebih lambat kehilangan penglihatan (advanced AMD) berbanding mereka yang tidak mengambil suplemen kesihatan tersebut di atas.



1.Diperbuat dari ekstrak jagung which sesuai untuk perut sensitif.

2.Ditambah dengan 120mg citrus bioflavonoids yang boleh enhance effect vitamin C tu.

3.Dilengkapi dengan sistem perlepasan berperingkat yang mana boleh bekalkan 500mg vitamin C ni dalam masa 5 jam supaya lebih fully utilise.




To be honest Vitamin C ni memang banyak sangat benefit bukan setakat untuk imuniti badan tapi sangat bagus untuk kulit jugak. Even skincare pun banyak je yang ada Vitamin C. Tapi orang selalu fikir Vitamin C je nak kulit putih. No no no ok? Kita consume Vitamin C bukan sebab nak kulit putih tau. Tapi dengan Vitamin C boleh jadikan tona kulit lebih sekata.

Instead of ambil panadol waktu demam, Kima lagi suka ambil Vitamin C sebab Vitamin C lebih selamat nak consume and lebih bagus untuk badan. Vitamin C juga sangat recommended untuk orang yang ada luka sebab dengan Vitamin C boleh percepatkan luka kita sembuh.

Vitamin C Shaklee berbanding jenama lain

Jom kita sama-sama amalkan vitamin c Shaklee

Ayuh dapatkan vitamin C Shaklee anda hari ini!

Jom sertai keluarga Shaklee kami hari ini! Nanti boleh dapat diskaun 25% terus tau. 

Jangan lepaskan peluang ini untuk memulakan hidup baru yang lebih sihat!

boleh klik link wasap di sini

#blogmegashaklee
#shakleetriumph2023
#shakleethrive2023




Thursday, 14 September 2023

Set Ibu mengandung shaklee yang bagus untuk bakal ibu

 Hai semua,untuk entry kali nie kima akan share tentang set mengandung iaitu Shaklee Prenatal Mama Wellness Set.Bila nak jadi ibu sudah pasti cabaran untuk kita memastikan untuk dapat nutrisi yang cukup untuk si ibu dan bayi.Penting untuk ibu mengandung iaitu Multivitamin, Protein, Kalsium, Vitamin B dan Zat Besi. 


Set Shaklee Mama terbaru untuk Ibu Mengandung (Prenatal Mama Wellness Set) hanya RM410 Harga Ahli dan anda dapat FREE MEMBERSHIP & FREE POSTAGE.

Terdapat 6 produk dalam Set ini iaitu:-

Untuk kesihatan dalaman (Shaklee):-
1) ESP (Protein Soya)
2) OSTENUTRIX (Kalsium)
3) B-COMPLEX (Vitamin B)
4) VITA-LIZE (Multivitamin & Zat Besi)

Untuk kesihatan luaran (Embun by Tanamera):-
5) RELAXING MAGNESIUM GEL

6) SMOOTH TUMMY OIL 



ESP meningkatkan imuniti badan ibu mengandungESP membantu pembentukan otot dan otak bayi. ESP membantu membentuk kulit yang gebu dan cantik. ESP membantu ibu morning sickness di awal kehamilan.



Sepertimana yang kita tahu, kalsium sangat penting untuk pembinaan sel, pertumbuhan gigi dan pembentukan tulang bayi. Bagi wanita hamil pula, ia penting untuk ransangan saraf dan mengelakkan kekejangan otot ketika hamil. Kalsium juga penting untuk denyutan jantung dan tekanan darah yang stabil. Kalsium yang cukup ketika hamil amat penting kerana sekiranya bayi dalam rahim tidak mendapat bekalan kalsium yang cukup, bayi akan 'menarik' kalsium daripada ibunya, yang mana akan memberi kesan kepada ibu hamil seperti osteoporosis di kemudian hari.



B Complex yang lengkap dengan asid folik dan biotin (sumber b yang mahal harganya). Asid folik mustahak untuk membantu pembinaan tulang bagi mengelakkan kecacatan pada janin, mengurangkan risiko kecacatan saraf pada bayi khususnya 'spina bifida'.



Dilengkapi dengan zat besi dan juga 200 mg asid folik Ibu hamil yang mengalami anaemia, pening atau mudah pitam amalkan secara konsisten untuk kesihatan yang lebih baik (inshaALLAH). Wanita hamil yang mengalami masalah Hb rendah juga digalakkan mengambil Vitalea ini.

Anaemia amat berbahaya kepada anak dan ibu ketika bersalin, oleh itu pastikan pencegahan awal dilakukan.




Bila dengar nama tanemera memang sinonim dengan set bersalin.Embun by Tanamera adalah jenama yang menghasilkan produk untuk kegunaan luaran eksklusif untuk shaklee sahaja Jadi anda hanya boleh dapatkan 4 jenis produk Embun by Tanamera hanya di Shaklee saja.




Sekian sahaja perkongsian untuk kali ini.Kalau ada soalan nak tanya apa-apa tentang shaklee  atau beli set wanita mengandungboleh klik di sini


Friday, 8 September 2023

Keperluan vitamin untuk wanita mengandung?

Bila disahkan hamil, seorang bakal ibu pastinya akan merujuk dan mencari sumber terbaik bagi bayi yang bakal dilahirkan. Salah satu soalan yang sering ditanya oleh ibu hamil ialah berkaitan keperluan pengambilan vitamin atau suplemen kesihatan.

Diet yang seimbang adalah cara terbaik bagi mendapatkan nutrient yang diperlukan oleh ibu dan bayi dalam kandungan. Justeru itu, ibu hamil dinasihatkan mengambil makanan daripada pelbagai sumber bagi memastikan bayi dalam kandungan mendapat semua vitamin dan mineral yang diperlukan. Ia juga bagi memastikan ibu mendapat tenaga yang diperlukan sepanjang kehamilan.

Walau bagaimanapun,terdapat sesetengah wanita mengandung yang tidak dapat memakan makanan yang mengandungi nutrien tertentu atas sebab alahan, mual-mual atau loya, muntah yang teruk, dan sebagainya. Oleh sebab itu, pengambilan suplemen vitamin adalah disarankan bagi melengkapkan keperluan nutrien yang diperlukan, bukan sahaja untuk ibu malahan untuk tumbesaran bayi dalan kandungan. Pengambilan vitamin dan suplemen kesihatan semasa hamil digalakkan kerana dapat mengurangkan risiko kecacatan bayi, kelahiran pramatang dan kekurangan berat bayi.

Apakah vitamin dan suplemen kesihatan yang penting bagi ibu hamil?

Asid Folik

Asid folik merupakan suplemen yang paling penting terutamanya semasa trimester pertama kehamilan. Pengambilan asid folik boleh mengurangkan risiko bayi mengalami kecacatan pada tulang belakang (kecacatan tiub neural). Kecacatan tiub neural iaitu spina bifida berlaku apabila saraf di dalam tulang belakang terdedah dan rosak.Sebaik-baiknya asid folik diambil apabila seseorang wanita merancang untuk hamil. Asid folik dengan dos 400mcg perlu diambil setiap hari sehingga sekurang-kurangnya 12 minggu pertama kehamilan. Ibu hamil juga dinasihatkan mengambil makanan yang mengandungi folat (bentuk semulajadi Asid Folik) seperti sayur-sayuran hijau dan kekacang.






Zat Besi

Ibu hamil biasanya akan menjalani ujian darah yang akan menunjukkan sama ada kandungan zat besi dalam badan mencukupi ataupun tidak. Jika kandungan zat besi ibu hamil rendah, suplemen zat besi perlu diambil. Ini disebabkan jumlah darah dalam badan ibu semakin bertambah bagi menyokong tumbesaran bayi dalam kandungan. Badan akan menggunakan zat besi yang tersimpan dalam badan sekiranya ibu kurang mengambilnya dalam diet. Akibatnya, penyimpanan zat besi dalam badan akan berkurang dan boleh membawa kepada anemia.

Risiko kelahiran pramatang dapat dikurangkan dengan pengambilan zat besi. Selain itu, pengumpulan zat besi dalam badan juga penting kerana ibu akan kehilangan banyak darah semasa melahirkan. Bayi yang bakal lahir juga mempunyai simpanan zat besi dalam badan mereka. Zat besi ini berasal daripada darah ibunya melalui uri dan boleh bertahan sehingga 4 bulan.

Kalsium

Ibu hamil juga memerlukan kalsium bagi pembentukan tulang dan pertumbuhan gigi bayi terutamanya pada trimester ketiga. Kalsium juga penting sepanjang kehamilan bagi mengelakkan kekejangan otot kaki ibu. Sekiranya ibu hamil kekurangan kalsium, ia turut menyebabkan berlaku kekejangan otot dan kerosakan gigi kepada ibu itu sendiri.

Biasanya suplemen ini akan diperskripsikan untuk wanita hamil yang alah terhadap susu atau tidak dapat mengambil kalsium yang cukup dalam pemakanan harian mereka. Kekurangan kalsium yang serius boleh mendedahkan wanita hamil kepada risiko pre-eklampsia yang boleh membawa maut kepada ibu dan bayi dalam kandungan.

Pengambilan kalsium sehari yang dicadangkan untuk ibu hamil ialah dalam dos 1300mg (ibu berumur 14-18 tahun) dan 1000mg (ibu berumur 19-50 tahun).

Asid Lemak Perlu

Asid Lemak Perlu seperti asid lemak omega-3 DHA dan EPA juga penting bagi pembentukan otak dan saraf bayi dari peringkat awal pembentukan. Ikan adalah sumber utama DHA dan EPA tetapi ibu perlu berhati-hati supaya tidak makan terlalu banyak ikan yang mengandungi kandungan merkuri yang tinggi. Memandangkan omega-3 adalah sangat penting untuk bayi, adalah idea yang baik untuk berbincang dengan doktor sama ada ibu memerlukan suplemen tambahan yang mengandungi omega-3 ataupun tidak.


Vitamin D

Vitamin larut lemak seperti vitamin D turut membantu mengekalkan tulang dan gigi yang kuat kerana vitamin D memainkan peranan penting dalam mengekalkan tahap kalsium dan fosforus di dalam badan. Oleh itu, adalah penting bagi ibu hamil mengambil vitamin D tambahan bagi memastikan tulang yang sihat serta menyediakan bayi dengan vitamin D yang mencukupi bagi beberapa bulan pertama mereka. Dos yang dicadangkan ialah 200IU vitamin D setiap hari.


Dalam shaklee kita memang ada set khas untuk ibu hamil yang perlu untuk cukup nutrisi..Kalau ada soalan nak tanya apa-apa tentang shaklee boleh klik di sini


Wednesday, 23 August 2023

Doa yang bagus untuk wanita amalkan

Entry kali nie kima nak share tentang doa untuk wanita yang bagus untuk kita amalkan.




1.❝Doa ini diajarkan Rasulullah ﷺ kepada Sayyidah ‘Aishah رضي الله عنها:

اَللَّهُمَّ أَذْهِبْ غَيْظَ قَلْبِي
وَ أَجِرْنِي مِنْ مُضِلَاتِ الْفِتَن

Ertinya: Ya Allah, keluarkan kemarahan/keresahan hatiku,
dan peliharakan diriku daripada kesesatan segala fitnah.

Amalkan zikir ini 7 kali setiap hari, antara faedahnya ialah menjadi asbab untuk diperbaiki akhlak dan diperkuatkan iman, dan juga diangkat darjatnya kepada darjat para auliya serta dijadikannya sebagai wanita yang solehah.❞ Semoga ALLAH menjadikan kita wanita-wanita solehah, yang diredhai ALLAH dan dicintai RASULULLAH SAW


2.Jika seseorang perempuan yang haid/nifas dan dia membaca doa berikut pada hari pertama haidnya itu, maka akan:

  1. Dihapuskan segala dosa-dosa yang telah lalu
  2. Dimudahkan perjalanan darah haid.
  3. Mendapat pahala beribadat sepanjang haid.
  4. Meraih pahala 40 orang syahid.
  5. Selamat dari azab neraka.
  6. Dimudahkan melalui Titian Sirat.

3.Selepas subuh ya malikul quddus 11x utk melindungi penyakit organ wanita

4.
Zikir Fatimah antara  zikir yang diajar Rasulullah SAW kepada puterinya Saidatina Fatimah Az-Zahra RA. Antara kelebihan zikir Fatimah ialah memberi kekuatan pada diri untuk menyelesaikan urusan rumah tangga seharian.

Semoga perkongsian kali ini memberi sedikit ilmu untuk semua

Mengapa Saya memilih vitamin Shaklee?

  Assalamualaikum, Entry kali ini kima nak share tentang istimewanya vitamin c shaklee yang buat kita tak pandang dah jenama lain.Sebelum ki...