Wednesday, 23 August 2023

Doa yang bagus untuk wanita amalkan

Entry kali nie kima nak share tentang doa untuk wanita yang bagus untuk kita amalkan.




1.❝Doa ini diajarkan Rasulullah ﷺ kepada Sayyidah ‘Aishah رضي الله عنها:

اَللَّهُمَّ أَذْهِبْ غَيْظَ قَلْبِي
وَ أَجِرْنِي مِنْ مُضِلَاتِ الْفِتَن

Ertinya: Ya Allah, keluarkan kemarahan/keresahan hatiku,
dan peliharakan diriku daripada kesesatan segala fitnah.

Amalkan zikir ini 7 kali setiap hari, antara faedahnya ialah menjadi asbab untuk diperbaiki akhlak dan diperkuatkan iman, dan juga diangkat darjatnya kepada darjat para auliya serta dijadikannya sebagai wanita yang solehah.❞ Semoga ALLAH menjadikan kita wanita-wanita solehah, yang diredhai ALLAH dan dicintai RASULULLAH SAW


2.Jika seseorang perempuan yang haid/nifas dan dia membaca doa berikut pada hari pertama haidnya itu, maka akan:

  1. Dihapuskan segala dosa-dosa yang telah lalu
  2. Dimudahkan perjalanan darah haid.
  3. Mendapat pahala beribadat sepanjang haid.
  4. Meraih pahala 40 orang syahid.
  5. Selamat dari azab neraka.
  6. Dimudahkan melalui Titian Sirat.

3.Selepas subuh ya malikul quddus 11x utk melindungi penyakit organ wanita

4.
Zikir Fatimah antara  zikir yang diajar Rasulullah SAW kepada puterinya Saidatina Fatimah Az-Zahra RA. Antara kelebihan zikir Fatimah ialah memberi kekuatan pada diri untuk menyelesaikan urusan rumah tangga seharian.

Semoga perkongsian kali ini memberi sedikit ilmu untuk semua

Vitamin untuk wanita yang anda perlu tahu?

 Entry kali nie,kima nak share tentang vitamin untuk wanita, perlu ke  vitamin untuk wanita? ia perlu kerana  wanita ada fasa yang mengandung, bersalin,menyusu, menopos, memerlukan vitamin yang lebih dari wanita muda yang tidak mengalami keadaan tidak memerlukan Kanak-kanak dan remaja juga memerlukan vitamin yang lebih.Dulu kima pun tak ambik kisah pasal vitamin untuk wanita,tapi bila kenal shaklee baru tahu tentang ini.

Jom kima terangkan vitamin untuk wanita yang shaklee ada

1.Vitalize.

1 pil tapi ada 23 jenis vitamin taw.Jimat duit dan bagus untuk Buat ibu mengandung, Vita-lea membantu menaikkan semula sel darah merah untuk masalah yang selalu dipanggil ‘low hb’ (kekurangan darah merah).

 Vitalize akan bantu menutup jurang nutrisi ibu supaya ibu dan bayi dapat semua nutrien yang lengkap untuk pertumbuhan yang sihat. Vitalize juga akan lengkap dengan iron yang mana akan menyokong penghasilan sel darah merah yang akan membawa oxygen dan menghantarnya kepada bayi.

Untuk ibu ibu yang sedang berpantang dan menyusu juga penting untuk amalkan pengambilan Vitalize setiap hari. Ini kerana kita memerlukan lebih banyak vitamin dan mineral untuk menyokong kesihatan selepas bersalin dan dalam proses penyusuan. Vitalize akan bantu kita hasilkan susu ibu yang lebih berkualiti penuh nutrien untuk tumbesaran bayi. Bagus untuk penyembuhan dalaman ibu dan kesihatan yang lebih baik buat si ibu. 



2. Gla 

GLA Complex ni merupakan kombinasi minyak borage yang mengandungi asid gamma linolenik (GLA), asid linolenik (LA), minyak bunga matahari dan Vtamin E. Kebiasaannya digunakan untuk regulate kitaran haid, simptom PMS, sakit kepala dan untuk mereka yang menopause. Selain itu, GLA Complex ini amat bagus untuk skin texture, skin repair dan buat skin kita glowing .Malah GLA jugak bagus untuk bantu wanita yang merancang untuk hamil.

3. Omega Guard

Omega Guard Shaklee adalah minyak ikan terbaik di dunia.

Kebaikan Omega Guard Shaklee

-Melindungi Jantung Anda
Omega Guard Shaklee membekalkan asid lemak omega-3 yang berpotensi ultratulen dengan spektrum penuh bergred farmaseutikal.

-Membantu Mengurangkan Risiko Penyakit Jantung
Satu penyelidikan yang menyokong fakta tersebut tetapi bukan muktamad menunjukkan bahawa pengambilan asid-asid lemak omega-3 seperti EPA dan DHA boleh mengurangkan risiko penyakit jantung koronari. 

Penyelidikan juga menunjukkan bahawa paras asid lemak omega-3 yang tinggi dapat memperbaiki kesihatan kardiovaskular di samping membantu memelihara tekanan darah dan paras trigliserida yang normal. Tambahan lagi, omega-3 dapat memelihara kesihatan otak, penglihatan dan fungsi-fungsi sendi.

-Ultratulen dan Bergred Farmaseutikal
OmegaGuard dihasilkan melalui suatu proses penyulingan proprietari tiga molekul yang memekatkan asid lemak omega-3 yang bermanfaat dan semulajadi sementara menyingkirkan bahan-bahan berbahaya seperti merkuri dan plumbum yang terdapat di dalam kebanyakan jenis ikan.

-Minyak Ikan Terbaik Di Dunia
Mengandungi satu rangkaian penuh 7 jenis asid lemak omega-3 semulajadi iaitu EPA, DHA, ALA dan lain-lain lagi. EPA menyihatkan jantung dan sendi anda manakala DHA pula penting bagi perkembangan dan fungsi otak.*

Ibu Hamil
  • Membantu perkembangan otak bayi semasa dalam kandungan.
  • Mengurangkan risiko bayi lahir pra-matang ataupun dikenali sebagai bayi tak cukup bulan
  • Mengurangkan risiko gila meroyan selepas melahirkan bayi
  • Mengawal kenaikan berat badan ibu semasa hamil

 Ibu Menyusu
  • Membekalkan khasiat untuk sistem imunisasi kepada anak dan membantu perkembangan otak juga.
  • Membantu penurunan berat badan ibu tanpa jejas penghasilan susu dan kualiti susu
4. Ostenutrix

Ostenutrix untuk wanita

1. Sakit gigi

Sakit gigi ialah antara tanda kekurangan kalsium pada ibu mengandung. Ini disebabkan oleh 99% kalsium disimpan pada tulang dan gigi. Apabila sumber kalsium berkurang, gigi akan terasa sakit akibat penarikan kalsium untuk dibekalkan kepada bayi.

2. Kejang kaki

Kebanyakan ibu mengandung akan memastikan mereka meminum air yang cukup dan mempunyai paras hemoglobin yang sihat. Namun mereka terlepas pandang tentang keperluan kalsium dalam badan yang menyebabkan terpaksa berhadapan dengan masalah kejang kaki berlarutan hampir setiap malam.

3. Kejang ketika premenstrual

Rasa kejang di bahagian perut apabila hampir kepada tarikh untuk haid ialah salah satu tanda kekurangan kalsium. Wanita yang sedang haid juga akan mengalami kesakitan yang teruk. Kekurangan kalsium juga menyebabkan pendarahan yang banyak dan period yang tidak teratur.

4. Lemah badan

Wanita yang mengalami kekurangan kalsium akan hadapi masalah lemah badan terutamanya di bahagian otot dan sendi. Mereka juga akan mengalami masalah kesukaran untuk tidur malam. Ibu-ibu yang menyusukan bayi akan mendapati kekurangan susu badan, susu yang cair dan badan yang terlampau penat akibat kekurangan kalsium dalam badan



Diharapkan perkongsian kima membantu korang yang masih tercari-cari supplement untuk wanita.Sebagai wanita,wajib untuk kita jaga diri kita supaya kekal sihat dan cergas even umur muda mahupun tua.Kalau kita tak mulakan dari awal takut nanti bila sampai usia emas kita mudah sakit kerana supplement sangat bantu untuk boost kesihatan kita dengan lebih baik.Kalau ada soalan nak tanya apa-apa tentang shaklee boleh klik di sini

Wednesday, 9 August 2023

Apa itu CoQ Trol plus?

 Sebelum ini kima pernah cerita banyak supplement,entry kali ini istimewa sikit sebab nak cerita supplement yang kita jarang sangat dengar.Nama pun bunyi macam pelik.Coq-trol plus.



Apa itu Coq-trol plus?

Jantung kita mengepam kira-kira 2,000 gelen darah seluruh badan setiap hari.Merupakan organ yang paling penting dalam sistem manusia, fungsi jantung sangat besar untuk memastikan tubuh badan manusia terus bertindak dan berjalan dengan baik.Tenaga itu disediakan dengan bantuan nutrien dipanggil coenzyme Q10 (CoQ10), ia juga berperanan dalam menyokong kesihatan saluran darah. CoQ10 dihasilkan secara semulajadi oleh badan dan terdapat dalam semua sel. 

Pengambilan makanan membantu mengekalkan tahap CoQ10; walau bagaimanapun, jumlah CoQ10 yang dimakan daripada makanan biasanya kurang daripada 10 mg sehari.



 
Banyak faktor lain yang akan menyebabkan kita perlu untuk meningkatkan pengambilan nutrien penting ini seperti penuaan,diet yang tak sihat dan lain-lain lagi.

CoQ-Trol juga mengandungi resveratrol, yang telah dibuktikan di dalam kajian makmal untuk membantu melegakan saluran darah dan menggalakkan kesihatan aliran darah. Selain daripada itu, pakar perubatan terutama kardiologi turut mengesahkan nutrisi CoQ10 penting untuk pelbagai lagi kondisi penyakit jantung.

Apa itu CoQ10?


CoQ10 adalah sejenis bahan yang hampir sama macam vitamin, boleh didapati di setiap sel badan. Tubuh kita menghasilkan CoQ10. Sel-sel kita guna CoQ10 untuk menghasilkan tenaga yang diperlukan oleh tubuh untuk pertumbuhan dan penyelenggaraan sel.

Coenzyme Q10 juga berfungsi sebagai antioksidan, yang melindungi tubuh daripada kerosakan yang disebabkan oleh molekul berbahaya. Radikal bebas.

CoQ10 hadir secara semulajadi dalam kuantiti yang sedikit di dalam pelbagai jenis makanan. Kuantiti CoQ10 paling banyak kita boleh dapat di dalam organ dalaman seperti jantung, hati dan ginjal, daging lembu, minyak soya, sardin, makarel dan kacang tanah.

Coenzyme Q10 membantu enzim-enzim lain berfungsi untuk mencerna makanan dan melaksanakan proses badan yang lain. CoQ10 membantu melindungi jantung dan otot rangka.

Apakah Kegunaan CoQ10?

Banyak tuntutan dibuat tentang CoQ10. CoQ10 dapat membantu kegagalan jantung, serta kanser, distrofi otot (otot lemah dan hilang fleksibiliti), dan penyakit periodontal (penyakit gusi). CoQ10 juga membantu tingkatkan tenaga dan tambah kelajuan ketika bersenam. Sesetengah orang mengambil CoQ10 untuk membantu mengurangkan kesan ubat-ubatan tertentu pada jantung, otot, dan organ-organ lain.

CoQ10 Untuk Kanser

Pada tahun 1961, saintis mendapati bahawa mereka yang mempunyai kanser mempunyai sedikit CoQ10 dalam darah mereka. Kajian mendapati paras CoQ10 dalam darah yang rendah pada mereka yang menghidap myeloma, limfoma, dan kanser (payudara, paru-paru, prostat, pankreas, kolon, buah pinggang, kepala dan leher). Sesetengah kajian menunjukkan bahawa CoQ10 membantu sistem imun dan mungkin berguna sebagai rawatan sekunder untuk kanser.

CoQ10 mampu menghalang ubat antikumor doxorubicin daripada merosakkan hati.Tiga kajian mengkaji penggunaan CoQ10 bersama dengan rawatan konvensional untuk kanser. Tiga kajian ke atas 41 wanita dengan kanser payudara. Dalam setiap kajian, kesemua 41 wanita yang terlibat dalam kajian tersebut bertambah baik.

Tetapi Institut Kanser Kebangsaan (NCI) menilai kekuatan bukti untuk kajian ke atas CoQ10 dan kanser di atas sebagai lemah.

Lain-lain kegunaan CoQ10 adalah untuk atasi penyakit gusi, masalah otot dan tempoh pemulihan untuk ahli sukan.

Bagaimana CoQ10 Berfungsi?


Nutrien larut dalam lemak yang terdapat dalam hampir semua sel. Untuk mengekalkan tenaga yang mencukupi bagi melaksanakan fungsi tubuh, mitokondria (kilang tenaga untuk sel) menukarkan lemak dan nutrien lain kepada sumber tenaga yang boleh digunakan oleh sel.


 Proses penukaran ini memerlukan kehadiran CoQ10.Sebagai “coenzyme,” CoQ10 juga membantu enzim lain untuk mencerna makanan dengan betul.CoQ10 tidak hanya perlu untuk menghasilkan tenaga selular, tetapi juga untuk melindungi sel daripada kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas yang berbahaya. CoQ10 sebagai antioksida.


Coenzyme Q10 boleh wujud dalam tiga keadaan pengoksidaan yang berlainan, dan keupayaan dalam beberapa bentuk untuk menerima dan menyumbang elektron adalah ciri kritikal dalam fungsi biokimia yang membolehkan CoQ10 menghalang kerosakan radikal bebas.Sebagai antioksida yang kuat, CoQ10 dapat meningkatkan penyerapan nutrien penting lain. Kajian menunjukkan bahawa CoQ10 membantu mengitar semula vitamin C dan vitamin E, memaksimumkan kesan vitamin dan antioksida yang sedia ada di dalam badan.Walaupun tubuh mempunyai keupayaan untuk membua CoQ10 sendiri, penghasilannya merosot asbab penuaan. Kita perlu ambil lebih banyak CoQ10, secara semula jadi dalam dari diet kita, dan juga dari suplemen berkualiti tinggi.


Menurut kajian yang dilakukan oleh Oregon State University, sintesis semulajadi CoQ10, dengan pengambilan makanan seimbang, dapat mencukupkan keperluan nutrien pada orang yang sihat – namun, penghasilan CoQ10 dalam tubuh kita berkurangan sepanjang proses penuaan.

Keupayaan semulajadi kita untuk menukarkan CoQ10 ke dalam bentuk aktifnya yang disebut ubiquinol menurun semasa proses penuaan. Penurunan ini paling jelas pada mereka yang berumur 40 tahun ke atas, terutama yang mengambil ubat statin. Mereka yang menghidap kencing manis, kanser dan kegagalan jantung kongestif juga cenderung kepada kekurangan coenzyme Q10.

Atas alasan ini, CoQ10 disyorkan untuk kebanyakan orang yang mengalami masalah jantung. Ini termasuk mereka yang ada:

Sejarah serangan jantung atau penyakit jantung koronariKolesterol tinggi (terutama ketika mengambil ubat statin!)Tekanan darah tinggi Atherosclerosis Angina Injap mitral prolaps



Di samping menyokong sistem kardiovaskular yang sihat, CoQ10 juga bermanfaat untuk:

Membantu kurangkan keletihan dan tingkatkan staminaPertahanan terhadap radikal bebas dan tanda-tanda penuaan yang tipikal, termasuk kehilangan otot dan perubahan kulitMengembalikan kekuatan antioksida, termasuk vitamin E dan vitamin CMenstabilkan gula darahMenyokong gusi yang sihatMengurangkan distrofi ototMembantu merawat gangguan kognitif, termasuk penyakit Parkinson dan AlzheimerMembantu dalam peningkatan metabolik pada pesakit dengan gangguan mitokondria keturunanMembantu merawat kanser, ketidakseimbangan hormon, diabetes, virus dan jangkitan.




Siapakah yang sesuai mengambil vitamin Shaklee CoQ10 ini?


Hakikatnya supplement adalah sesuai diambil oleh semua golongan terutama mereka yang ingin mengekalkan tahap kesihatan yang optimum.Mereka yang berusia 18 tahun ke atas dan mereka yang mahukan lebih stamina dan tenaga sangat bagus mengamalkan supplement ini.






Kalau ada soalan nak tanya apa-apa tentang shaklee boleh klik di sini.Kima harap entry kali ini dapat memberi pengetahuan tentang coq-trol plus

Tuesday, 8 August 2023

Kelebihan makan Vitamin E

 Hai semua,entry kali nie kima nak share tentang vitamin E,selalu kita dengar vitamin C jek kan.Jom tambah ilmu hari nie dengan vitamin E pula.




Apa itu vitamin E?


Vitamin E adalah sejenis vitamin yang larut dalam lemak. Ia adalah nutrien yang penting dan membantu memberikan kulit, mata dan otak yang baik, malahan, ia juga penting untuk penglihatan dan sistem pembiakan. Vitamin E adalah vitamin penting yang diperlukan oleh fungsi tubuh. Ikuti artikel ini untuk mengetahui tentang manfaat dan kesan vitamin E.


Fungsi vitamin E dalam tubuh


Vitamin E bersifat antioksidan. Ini bermakna ia melindungi tisu badan daripada kerosakan yang disebabkan bahan yang dipanggil radikal bebas, yang berbahaya untuk sel, tisu dan organ – mempunyai kaitan dengan penuaan.

Tubuh memerlukan vitamin E untuk membantu sistem kekebalan tubuh terhadap virus dan bakteria. Vitamin ini juga penting dalam pembentukan sel darah merah dan ia membantu tubuh menggunakan vitamin K. Sel dalam tubuh menggunakan vitamin E untuk berhubung antara satu sama lain dan menjalankan pelbagai fungsi penting.

Anda mungkin mendapat cukup kandungan vitamin E setiap hari. Namun, jika tubuh anda kekurangan vitamin ini ia mungkin mendatangkan masalah yang serius. Tubuh memerlukan lemak untuk menyerap vitamin ini, jadi bagi individu yang mempunyai masalah pencernaan mungkin tidak mendapat apa yang diperlukan. Ia sekali gus boleh mendatangkan bahaya kepada sistem imun dan saraf serta mata.


Kenapa vitamin E perlu diambil?


Walaupun ia jarang berlaku, manfaat vitamin E hanya diperlukan oleh individu yang berdepan dengan masalah kekurangan vitamin E. individu seperti ini cenderung mempunyai masalah kesihatan berkaitan pencernaan dan fibrosis sista. Mereka yang mengamalkan diet rendah lemak juga berisiko mempunyai masalah kekurangan tahap vitamin E.


Adakah vitamin E diperolehi sumber makanan semula jadi?


Ya kerana kebanyakkan vitamin E terdapat dari sumber makanan. Sumber makanan yang mengandungi vitamin E adalah:

  • Minyak sayuran
  • Sayuran berdaun hijau seperti bayam
  • Bijirin
  • Telur
  • Kekacang
  • Tomato
  • Brokoli
  • Mangga
  • Kiwi
  • Daging
  • Ayam

Kesan sampingan

Jika diambil dengan dos yang sesuai, penggunaan vitamin E secara amnya dianggap selamat. Walaupun jarang berlaku, tetapi pengambilan vitamin E secara oral, mungkin secara berlebihan boleh menyebabkan:

  • Loya
  • Cirit-birit
  • Kekejangan usus
  • Keletihan
  • Kelesuan
  • Sakit kepala
  • Penglihatan kabur
  • Kegatalan
  • Masalah air kencing pekat


  • Mengambil vitamin E secara berlebihan mungkin meningkatkan risiko kesan sampingan. Terdapat juga kebimbangan sekiranya individu yang mengalami masalah kesihatan dan mengambil vitamin E pada kadar yang tinggi berisiko untuk berdepan kematian.


    Tip memilih vitamin E

    Sebelum memilih suplemen vitamin E, mari kita rujuk garis panduan memilih supplemen vitamin E yang terbaik dari hasil penulisan Dr Bruce Miller :

    • Paling penting pastikan Vitamin E dari sumber semulajadi (lihat pada label, ada huruf d kecil (d-alfa-tocoferol). Jika ada huruf ‘l’ atau ‘dl’ menunjukkan ia daripada sumber kimia atau tiruan)
    • Cari perkataan mixed tocopherol dalam label.
    • Pilih vitamin E yang ada kandungan selenium.

    Kenapa perlu pilih bahan dari sumber semulajadi? 

    Ini kerana ia lebih baik dan lebih mudah diserap badan berbanding sumber tiruan atau kimia (tidak dapat diserap tubuh sepenuhnya dan ini boleh menyebabkan toksik sekaligus mewujudkan sel-sel abnormal dalam tubuh badan). 

    Banyak sangat jenama vitamin E diluar sana,tapi kenapa kima cadangkan korang ambik vitamin E shaklee?





    Manfaat vitamin E




    Bulan ogos ini ada promo taw untuk korang grab,untuk yang tak pernah guna produk shaklee,jom ambil peluang untuk grab promo kerana harga jauh lagi murah dari harga asal.Diskaun sehingga 60% taw.

    1 BOTOL:RM76.80

    2 BOTOL:RM128.00

    3 BOTOL:RM153.60

    Kalau korang beli share dengan kawan dan family boleh jimat ambik 3 botol terus.



    Kalau ada soalan nak tanya apa-apa tentang shaklee boleh klik di sini.Kima harap entry kali ini dapat memberi pengetahuan tentang vitamin E.

    “Barang siapa menjaga badan daripada penyakit, maka ia mendapat balasan pahala daripada ALLAH kerana telah memberikan hak badannya kepada diri mereka sendiri ,” katanya.

    Jom sama-sama kita jaga diri kita.

      Mengapa Saya memilih vitamin Shaklee?

        Assalamualaikum, Entry kali ini kima nak share tentang istimewanya vitamin c shaklee yang buat kita tak pandang dah jenama lain.Sebelum ki...