Tuesday, 8 August 2023

Kelebihan makan Vitamin E

 Hai semua,entry kali nie kima nak share tentang vitamin E,selalu kita dengar vitamin C jek kan.Jom tambah ilmu hari nie dengan vitamin E pula.




Apa itu vitamin E?


Vitamin E adalah sejenis vitamin yang larut dalam lemak. Ia adalah nutrien yang penting dan membantu memberikan kulit, mata dan otak yang baik, malahan, ia juga penting untuk penglihatan dan sistem pembiakan. Vitamin E adalah vitamin penting yang diperlukan oleh fungsi tubuh. Ikuti artikel ini untuk mengetahui tentang manfaat dan kesan vitamin E.


Fungsi vitamin E dalam tubuh


Vitamin E bersifat antioksidan. Ini bermakna ia melindungi tisu badan daripada kerosakan yang disebabkan bahan yang dipanggil radikal bebas, yang berbahaya untuk sel, tisu dan organ – mempunyai kaitan dengan penuaan.

Tubuh memerlukan vitamin E untuk membantu sistem kekebalan tubuh terhadap virus dan bakteria. Vitamin ini juga penting dalam pembentukan sel darah merah dan ia membantu tubuh menggunakan vitamin K. Sel dalam tubuh menggunakan vitamin E untuk berhubung antara satu sama lain dan menjalankan pelbagai fungsi penting.

Anda mungkin mendapat cukup kandungan vitamin E setiap hari. Namun, jika tubuh anda kekurangan vitamin ini ia mungkin mendatangkan masalah yang serius. Tubuh memerlukan lemak untuk menyerap vitamin ini, jadi bagi individu yang mempunyai masalah pencernaan mungkin tidak mendapat apa yang diperlukan. Ia sekali gus boleh mendatangkan bahaya kepada sistem imun dan saraf serta mata.


Kenapa vitamin E perlu diambil?


Walaupun ia jarang berlaku, manfaat vitamin E hanya diperlukan oleh individu yang berdepan dengan masalah kekurangan vitamin E. individu seperti ini cenderung mempunyai masalah kesihatan berkaitan pencernaan dan fibrosis sista. Mereka yang mengamalkan diet rendah lemak juga berisiko mempunyai masalah kekurangan tahap vitamin E.


Adakah vitamin E diperolehi sumber makanan semula jadi?


Ya kerana kebanyakkan vitamin E terdapat dari sumber makanan. Sumber makanan yang mengandungi vitamin E adalah:

  • Minyak sayuran
  • Sayuran berdaun hijau seperti bayam
  • Bijirin
  • Telur
  • Kekacang
  • Tomato
  • Brokoli
  • Mangga
  • Kiwi
  • Daging
  • Ayam

Kesan sampingan

Jika diambil dengan dos yang sesuai, penggunaan vitamin E secara amnya dianggap selamat. Walaupun jarang berlaku, tetapi pengambilan vitamin E secara oral, mungkin secara berlebihan boleh menyebabkan:

  • Loya
  • Cirit-birit
  • Kekejangan usus
  • Keletihan
  • Kelesuan
  • Sakit kepala
  • Penglihatan kabur
  • Kegatalan
  • Masalah air kencing pekat


  • Mengambil vitamin E secara berlebihan mungkin meningkatkan risiko kesan sampingan. Terdapat juga kebimbangan sekiranya individu yang mengalami masalah kesihatan dan mengambil vitamin E pada kadar yang tinggi berisiko untuk berdepan kematian.


    Tip memilih vitamin E

    Sebelum memilih suplemen vitamin E, mari kita rujuk garis panduan memilih supplemen vitamin E yang terbaik dari hasil penulisan Dr Bruce Miller :

    • Paling penting pastikan Vitamin E dari sumber semulajadi (lihat pada label, ada huruf d kecil (d-alfa-tocoferol). Jika ada huruf ‘l’ atau ‘dl’ menunjukkan ia daripada sumber kimia atau tiruan)
    • Cari perkataan mixed tocopherol dalam label.
    • Pilih vitamin E yang ada kandungan selenium.

    Kenapa perlu pilih bahan dari sumber semulajadi? 

    Ini kerana ia lebih baik dan lebih mudah diserap badan berbanding sumber tiruan atau kimia (tidak dapat diserap tubuh sepenuhnya dan ini boleh menyebabkan toksik sekaligus mewujudkan sel-sel abnormal dalam tubuh badan). 

    Banyak sangat jenama vitamin E diluar sana,tapi kenapa kima cadangkan korang ambik vitamin E shaklee?





    Manfaat vitamin E




    Bulan ogos ini ada promo taw untuk korang grab,untuk yang tak pernah guna produk shaklee,jom ambil peluang untuk grab promo kerana harga jauh lagi murah dari harga asal.Diskaun sehingga 60% taw.

    1 BOTOL:RM76.80

    2 BOTOL:RM128.00

    3 BOTOL:RM153.60

    Kalau korang beli share dengan kawan dan family boleh jimat ambik 3 botol terus.



    Kalau ada soalan nak tanya apa-apa tentang shaklee boleh klik di sini.Kima harap entry kali ini dapat memberi pengetahuan tentang vitamin E.

    “Barang siapa menjaga badan daripada penyakit, maka ia mendapat balasan pahala daripada ALLAH kerana telah memberikan hak badannya kepada diri mereka sendiri ,” katanya.

    Jom sama-sama kita jaga diri kita.

      No comments:

      Post a Comment

      Mengapa Saya memilih vitamin Shaklee?

        Assalamualaikum, Entry kali ini kima nak share tentang istimewanya vitamin c shaklee yang buat kita tak pandang dah jenama lain.Sebelum ki...