Sebelum ini kima pernah cerita banyak supplement,entry kali ini istimewa sikit sebab nak cerita supplement yang kita jarang sangat dengar.Nama pun bunyi macam pelik.Coq-trol plus.
Jantung kita mengepam kira-kira 2,000 gelen darah seluruh badan setiap hari.Merupakan organ yang paling penting dalam sistem manusia, fungsi jantung sangat besar untuk memastikan tubuh badan manusia terus bertindak dan berjalan dengan baik.Tenaga itu disediakan dengan bantuan nutrien dipanggil coenzyme Q10 (CoQ10), ia juga berperanan dalam menyokong kesihatan saluran darah. CoQ10 dihasilkan secara semulajadi oleh badan dan terdapat dalam semua sel.
Banyak faktor lain yang akan menyebabkan kita perlu untuk meningkatkan pengambilan nutrien penting ini seperti penuaan,diet yang tak sihat dan lain-lain lagi.
CoQ10 adalah sejenis bahan yang hampir sama macam vitamin, boleh didapati di setiap sel badan. Tubuh kita menghasilkan CoQ10. Sel-sel kita guna CoQ10 untuk menghasilkan tenaga yang diperlukan oleh tubuh untuk pertumbuhan dan penyelenggaraan sel.
Coenzyme Q10 juga berfungsi sebagai antioksidan, yang melindungi tubuh daripada kerosakan yang disebabkan oleh molekul berbahaya. Radikal bebas.
CoQ10 hadir secara semulajadi dalam kuantiti yang sedikit di dalam pelbagai jenis makanan. Kuantiti CoQ10 paling banyak kita boleh dapat di dalam organ dalaman seperti jantung, hati dan ginjal, daging lembu, minyak soya, sardin, makarel dan kacang tanah.
Coenzyme Q10 membantu enzim-enzim lain berfungsi untuk mencerna makanan dan melaksanakan proses badan yang lain. CoQ10 membantu melindungi jantung dan otot rangka.
Apakah Kegunaan CoQ10?
Banyak tuntutan dibuat tentang CoQ10. CoQ10 dapat membantu kegagalan jantung, serta kanser, distrofi otot (otot lemah dan hilang fleksibiliti), dan penyakit periodontal (penyakit gusi). CoQ10 juga membantu tingkatkan tenaga dan tambah kelajuan ketika bersenam. Sesetengah orang mengambil CoQ10 untuk membantu mengurangkan kesan ubat-ubatan tertentu pada jantung, otot, dan organ-organ lain.
CoQ10 Untuk Kanser
Pada tahun 1961, saintis mendapati bahawa mereka yang mempunyai kanser mempunyai sedikit CoQ10 dalam darah mereka. Kajian mendapati paras CoQ10 dalam darah yang rendah pada mereka yang menghidap myeloma, limfoma, dan kanser (payudara, paru-paru, prostat, pankreas, kolon, buah pinggang, kepala dan leher). Sesetengah kajian menunjukkan bahawa CoQ10 membantu sistem imun dan mungkin berguna sebagai rawatan sekunder untuk kanser.
CoQ10 mampu menghalang ubat antikumor doxorubicin daripada merosakkan hati.Tiga kajian mengkaji penggunaan CoQ10 bersama dengan rawatan konvensional untuk kanser. Tiga kajian ke atas 41 wanita dengan kanser payudara. Dalam setiap kajian, kesemua 41 wanita yang terlibat dalam kajian tersebut bertambah baik.
Tetapi Institut Kanser Kebangsaan (NCI) menilai kekuatan bukti untuk kajian ke atas CoQ10 dan kanser di atas sebagai lemah.
Lain-lain kegunaan CoQ10 adalah untuk atasi penyakit gusi, masalah otot dan tempoh pemulihan untuk ahli sukan.
Bagaimana CoQ10 Berfungsi?
Nutrien larut dalam lemak yang terdapat dalam hampir semua sel. Untuk mengekalkan tenaga yang mencukupi bagi melaksanakan fungsi tubuh, mitokondria (kilang tenaga untuk sel) menukarkan lemak dan nutrien lain kepada sumber tenaga yang boleh digunakan oleh sel.
Proses penukaran ini memerlukan kehadiran CoQ10.Sebagai “coenzyme,” CoQ10 juga membantu enzim lain untuk mencerna makanan dengan betul.CoQ10 tidak hanya perlu untuk menghasilkan tenaga selular, tetapi juga untuk melindungi sel daripada kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas yang berbahaya. CoQ10 sebagai antioksida.
Coenzyme Q10 boleh wujud dalam tiga keadaan pengoksidaan yang berlainan, dan keupayaan dalam beberapa bentuk untuk menerima dan menyumbang elektron adalah ciri kritikal dalam fungsi biokimia yang membolehkan CoQ10 menghalang kerosakan radikal bebas.Sebagai antioksida yang kuat, CoQ10 dapat meningkatkan penyerapan nutrien penting lain. Kajian menunjukkan bahawa CoQ10 membantu mengitar semula vitamin C dan vitamin E, memaksimumkan kesan vitamin dan antioksida yang sedia ada di dalam badan.Walaupun tubuh mempunyai keupayaan untuk membua CoQ10 sendiri, penghasilannya merosot asbab penuaan. Kita perlu ambil lebih banyak CoQ10, secara semula jadi dalam dari diet kita, dan juga dari suplemen berkualiti tinggi.
Menurut kajian yang dilakukan oleh Oregon State University, sintesis semulajadi CoQ10, dengan pengambilan makanan seimbang, dapat mencukupkan keperluan nutrien pada orang yang sihat – namun, penghasilan CoQ10 dalam tubuh kita berkurangan sepanjang proses penuaan.
Keupayaan semulajadi kita untuk menukarkan CoQ10 ke dalam bentuk aktifnya yang disebut ubiquinol menurun semasa proses penuaan. Penurunan ini paling jelas pada mereka yang berumur 40 tahun ke atas, terutama yang mengambil ubat statin. Mereka yang menghidap kencing manis, kanser dan kegagalan jantung kongestif juga cenderung kepada kekurangan coenzyme Q10.
Atas alasan ini, CoQ10 disyorkan untuk kebanyakan orang yang mengalami masalah jantung. Ini termasuk mereka yang ada:
Sejarah serangan jantung atau penyakit jantung koronariKolesterol tinggi (terutama ketika mengambil ubat statin!)Tekanan darah tinggi Atherosclerosis Angina Injap mitral prolaps
Di samping menyokong sistem kardiovaskular yang sihat, CoQ10 juga bermanfaat untuk:
Membantu kurangkan keletihan dan tingkatkan staminaPertahanan terhadap radikal bebas dan tanda-tanda penuaan yang tipikal, termasuk kehilangan otot dan perubahan kulitMengembalikan kekuatan antioksida, termasuk vitamin E dan vitamin CMenstabilkan gula darahMenyokong gusi yang sihatMengurangkan distrofi ototMembantu merawat gangguan kognitif, termasuk penyakit Parkinson dan AlzheimerMembantu dalam peningkatan metabolik pada pesakit dengan gangguan mitokondria keturunanMembantu merawat kanser, ketidakseimbangan hormon, diabetes, virus dan jangkitan.
Siapakah yang sesuai mengambil vitamin Shaklee CoQ10 ini?
Hakikatnya supplement adalah sesuai diambil oleh semua golongan terutama mereka yang ingin mengekalkan tahap kesihatan yang optimum.Mereka yang berusia 18 tahun ke atas dan mereka yang mahukan lebih stamina dan tenaga sangat bagus mengamalkan supplement ini.

.jpg)
.jpg)

.jpg)


No comments:
Post a Comment