Thursday, 29 June 2023

Apa itu Resv?

 Entry sebelum ini kima dah cerita tentang vivix kali nie nak cerita tentang resv.Kalau vivix dalam bentuk minuman,resv ini pula berbentuk kapsul.Dan resv lebih powe 30x dari vivix taw.Menarik kan

Apa itu ResV?

ResV diformulasikan secara saintifik untuk menyokong kesihatan supaya tubuh badan kita lebih muda dan bersemangat.

Ia diperbuat daripada gabungan polifenol dan ekstrak botani dari Anggur Muscadine, Knotweed Jepun, Anggur Pomace, Pomegranate (Buah Delima), Chebulic Myrobalan (Buah Kaduka), Anggur Hitam, dan Lobak Ungu.




 Resv lebih power dari vivix kerana ramuan ResV mengandungi lima tambahan polifenol dari buah delima, ekstrak hampas dan anggur merah, cherobic myrobalan.

-Vivix 10 kali lebih berkesan
-ResV 13 kali lebih berkesan
-ResV mempunyai lebih 5 bahan tambahan berbanding vivix




Mengikut piawaian KKM,resv didaftarkan sebagai tradisional medicine walaupun resv bukan ubat.Sebab itu, dibahagian kotak ResV terpapar semua ramuan yang terkandung dalam ResV.

Cara makan Resv

-2 biji sehari selepas makan.

9 Kebaikan ResV Shaklee

1. ResV Shaklee Baik untuk Hidup Bersemangat dengan Polifenol

Kajian saintifik menunjukkan bahawa penggunaan jangka panjang diet yang kaya dengan polifenol tumbuhan memberikan perlindungan terhadap perkembangan kanser, penyakit kardiovaskular, penyakit kencing manis, osteoporosis dan penyakit neurodegenerative.

2. ResV Shaklee Baik untuk Kulit yang sihat

Melindungi kulit terhadap kerosakan radiasi ultraviolet (UV) dan serangan radikal bebas, meningkatkan pengeluaran kolagen dan melicinkan garis halus dan kedutan.

3. ResV Shaklee Baik untuk Peredaran Darah Sihat

Mengurangkan keradangan kronik, penyebab utama penyakit jantung serta menurunkan tekanan darah dan paras kolesterol LDL (buruk) dan meningkatkan kolesterol HDL (baik) yang tinggi.

4. ResV Shaklee Baik untuk Tahap Gula Darah Sihat

Menurunkan tahap gula darah puasa, meningkatkan toleransi glukosa dan meningkatkan kepekaan insulin.

5. ResV Shaklee Baik sebagai Agen Detoks dan Pembersihan Badan Berkesan

Meningkatkan kesihatan hati dengan mengawal tekanan badan dalaman, mengurangkan kemerahan dan pembengkakan, dan mengurangkan kematian sel di hati dan meniru kesan kesihatan puasa atau pengurangan kalori, yang boleh membantu mengurangkan berat badan.

6. ResV Shaklee Baik untuk Fungsi Otak Sihat

Penggunaan setiap hari selama 12 minggu jus anggur meningkatkan ingatan orang dewasa dan gangguan mental ringan. Pengambilan polifenol yang konsisten setiap hari meningkatkan aliran darah ke otak, meningkatkan ingatan dan perhatian.

7. ResV Shaklee Baik untuk Meningkatkan Tenaga dan Kekuatan Otot

Mempercepat pengeluaran mitokondria, pengeluar tenaga utama badan kita. Ia juga meningkatkan jisim otot dan pertumbuhan semula otot pada orang dewasa yang lebih tua, terutamanya apabila digunakan bersama senaman.

8. ResV Shaklee Baik untuk Pertumbuhan Sel Sihat

Polyphenols adalah salah satu daripada sebatian untuk menurunkan risiko kanser kerana mereka dipercayai menghalang pertumbuhan dan perkembangan sel-sel kanser pelbagai.

9. ResV Shaklee Baik untuk Memupuk dan Menyokong Kesihatan Bersama.

Melindungi kemerosotan tulang rawan dan meningkatkan pengeluaran tulang rawan dan kolagen pada sendi.

Pelbagai manfaat dan kebaikan yang terdapat di dalam ResV untuk memberikan kuasa muda dan semangat kepada anda.

Tesmoni Resv






Resv bulan ini ada promo taw.





Kalau ada soalan nak tanya apa-apa tentang shaklee boleh klik di sini

#resvshaklee

Wednesday, 28 June 2023

Kenapa vivix best seller shaklee?

 Entry pada kali ini kima nak share best seller dalam produk shaklee iaitu vivix.Ramai yang tahu vivix ini antara produk paling popular dalam shaklee.Yang tak tahu tentang vivix.Jom baca kenapa vivix menjadi best seller berbanding produk lain dalam shaklee.


Vivix adalah merupakan suplemen yang sangat premium daripada Shaklee yang tinggi dengan kandungan antioxidant. Vivix adalah satu-satunya supplement yang berjaya menembusi sel sehingga ke peringkat DNA. Vivix merupakan minuman botani anti-aging atau anti penuaan yang terbaik dan bagus untuk kesihatan menyeluruh.

Badan kita sebenarnya mempunyai berbilion sel badan yang bertindak membina otot, organ dan tisu badan.
Kajian menunjukkan sel di dalam badan kita akan diganti lebih 300 bilion sehari dan 200 juta pada setiap minit.
Walaubagaimanapun, sel-badan kita berisiko mengalami kerosakan disebabkan oleh banyak faktor seperti rembesan radikal bebas di dalam badan yang berlaku akibat daripada gaya hidup kita seperti amalan pemakanan yang tidak sihat, tekanan hidup, kekurangan tidur, kurang bersenam dan sebagainya.

Sel-sel badan yang rosak ini jika tidak dirawat akan membawa kepada berbagai masalah penyakit kronik seperti kanser, masalah jantung, kerosakan buah pinggang, diabetes dan lain-lain.
Jadi, kandungan serta ramuan Vivix yang hanya menggunakan bahan semulajadi dan sangat tinggi dengan antioxidant mampu meningkatkan tahap kesihatan dan membantu mebaiki sel badan yang rosak hingga ke peringkat DNA.

Keistimewaan Vivix Shaklee
  • Mempunyai hak ekslusif iaitu 5 paten terhadap Vivix, Shaklee mempatenkan hak ke atas 4 tumbuhan yang hebat tanpa sebarang pengawet.
  • Merupakan gabungan resveratrol dan 16 jenis polifenol.
  • Shaklee mempaten kan “Cold Filling Extraction” Process ekslusif utk Vivix Shaklee.
  • Menggunakan bahan semulajadi, berkesan dan selamat serta baik untuk kesihatan menyeluruh.
  • Resveratrol iaitu kandungan di dalam Vivix telah dirujuk di lebih 2500 penerbitan penyelidikan termasuk kajian yang dijalankan oleh University Harvard.

Kebaikan Vivix pada tubuh badan

1. Bertindak sebagai anti radang

Bantu kurangkan masalah keradangan seperti jerawat di kulit, keradangan dalam organ atau sel badan. Membantu mengurangkan risiko penyakit kanser menjadi lebih serius.

2. Membaiki dan melindungi sel badan

Vivix dapat membantu memerlahankan kadar kerosakan sel dalam badan akibat daripada radikal bebas. Sel dalam badan juga dapat dilindungi oleh Resveratrol dan Polifenol daripada mengalami kerosakan.

3. Melambatkan proses penuaan

Hasil kajian klinikal menunjukkan Vivix mampu mengaktifkan satu pengawalan genetik utama yang bertindak melambatkan penuaan tahap sellular. Vivix membantu membaiki sel badan dari peringkat DNA, jadi Vivix adalah supplemen anti-penuaan terbaik.

4. Membantu melambatkan proses penghasilan protein AGE

Ramuan Vivix yang mempunyai antioxidant yang sangat tinggi bantu melambatkan penghasilan AGE (Advanced Glycation End Product). AGE terhasil akibat lebihan gula dan protein. AGE sangat bahaya kerana ia mampu merosakkan sistem tubuh badan manusia. AGE juga adalah antara faktor utama kepada masalah penyakit kronik.

5. Membantu mengawal paras gula dalam darah

Karbohidrat yang diambil apabila dicerna akan menghasilkan gula yang bertindak memberi sumber tenaga kepada badan kita. Namun, sekiranya pengambilan karbohidrat dan gula adalah dalam kuantiti yang banyak, ia akan meningkatkan kadar gula dalam darah. Vivix mengandungi kandungan polifenol yang tinggi didapati daripada anggur muscadine yang bantu melambatkan proses pencernaan karbohidrat dalam badan sekaligus mengurangkan risiko peningkatan paras gula dalam darah.

6. Menyokong kesihatan jantung dan membantu masalah penyakit strok

Vivix mengandungi kandungan resveratrol yang tinggi yang bertindak membantu mengurangkan potensi mendapat penyakit jantung dan darah tinggi. Reveratrol dapat mebantu menurunkan jumlah kolestrol LDL, lemak, dan trigliserida di dalam badan serta membantu meningaktkan kolestrol HDL dalam darah.Resveratrol juga membantu menurunkan kepekatan darah sekaligus mengurangkan risiko terjadinya pembekuan darah. Resveratrol melindungi salur darah daripada proses pengoksidaan yang membantu mengurankan pembentukan plak.

7. Mengurangkan risiko kerosakan mata dan mempercepatkan proses penyembuhan luka

Kandungan Polifenol Anthocyanins di dalam Vivix bertindak membantu dalam membaiki masalah penglihatan dan mempercepatkan penyembuhan luka.

Cara makan vivix

Vivix sesuai diambil satu sudu teh setiap hari, sebaik-baiknya selepas makan (seperti sarapan/ makan tengahari). Goncang sebelum diminum.Pastikan anda minum air dengan banyak juga, sekurang-kurangnya 2 ke 3 liter sehari bergantung kepada berat badan dan keperluan air anda.

Tesmoni vivix





Untuk pengetahuan semua vivix sekarang ada promosi taw..nak beli guna installment dengan kad kredit pun boleh selama 6 bulan.




Ramai yang ikhtiar untuk lebih sihat dengan vivix ini.Kalau ada soalan nak tanya apa-apa tentang shaklee boleh klik di sini

#vivixshaklee

Friday, 23 June 2023

Petua hilangkan jeragat

 Entry pada kali ini kima nak share tentang petua hilangkan jeragat
Bila sebut perkataan jeragat, pasti ramai wanita yang kecut perut. Jeragat adalah salah satu masalah kulit muka yang paling ditakuti oleh kaum hawa.
Terbayang-bayang bintik hitam dan noda yang tak cantik kat muka. Jeragat ni, kalau dah mula tumbuh dan tak dirawat, ia akan merebak. Bermula dengan satu bintik hitam, akhirnya penuh satu muka. Jenuh nak pakai makeup tebal untuk tutup cela yang ada
Hari ni kima nak kongsikan punca jeragat yang ramai wanita tak tahu. Adalah sangat penting untuk kita tahu apa punca jeragat mula tumbuh kat muka. Bak kata pepatah, mencegah adalah lebih baik daripada mengubati.



1. Penjagaan asas kulit muka
Kulit anda akan mudah ditumbuhi jeragat jika anda tak amalkan rutin harian penjagaan asas kulit muka. Nak cantik tak perlukan duit yang banyak. Cuma perlu rajin. Apakah dia penjagaan asas kulit muka? Jom follow tips dibawah.


2. Keturunan
Tahukah anda, jeragat merupakan salah satu masalah kulit muka yang berpunca dari faktor keturunan. Kalau ibu anda mengalami masalah jeragat, kemungkinan besar anda juga akan mengalami masalah yang sama. Oleh itu, sila alert dengan punca jeragat yang lain dan cuba elakkan.


3. Usia
Semakin kita berusia, semakin tinggi risiko untuk jeragat tumbuh dimuka. Biasanya jeragat akan mula tumbuh pada usia awal 30an, tapi ada juga yang mula berjeragat seawal hujung 20an. Apa yang boleh kita buat bila umur mencecah 30an? Pastikan kita rajin. Jangan culas untuk buat rutin harian penjagaan kulit muka seperti yang kami ceritakan kat atas tadi. Penggunaan produk anti penuaan juga sangat membantu.


4. Cahaya matahari
Jika anda jenis banyak berjemur dibawah terik matahari, anda akan lebih berisiko untuk mengalami masalah jeragat berbanding mereka yang lebih banyak meluangkan masa dalam bangunan. Cahaya matahari mengandungi sinaran uva & uvb yang merosakkan sel kulit dan menyebabkan kulit berjeragat.


5. Perubahan hormon

Perubahan hormon juga boleh menjadi punca jeragat bermaharajalela di wajah.  Apakah punca perubahan hormon di kalangan wanita? Mengandung, melahirkan, menyusukan, mengambil pil perancang, dan sesetengah ubat-ubatan adalah punca berlakunya perubahan hormon dalam badan.Bagi sesetengah wanita, masalah jeragat akan hilang bila hormon kembali stabil, namun ada juga yang kurang bernasib baik. Jeragat semakin banyak walau pun masalah hormon tak stabil dah selesai.

6. Alat solek dan produk kecantikan berkualiti rendah

Penggunaan alat solek dan produk kecantikan berkualiti rendah seperti produk timbang kilo atau produk tiruan yang banyak dijual dipasar malam juga boleh menjadi punca tumbuhnya jeragat diwajah anda. Ini berlaku kerana bahan merbahaya yang terdapat dalam alat solek dan produk kecantikan berkenaan menghakis kulit muka lalu menyebabkan sinaran uva & uvb meresap masuk lebih jauh ke dalam kulit & memusnahkan sel-sel kulit dengan lebih teruk.

Jom kima share tips untuk hilangkan jeragat secara semula jadi

Petua 1 : Sapukan kulit pisang berangan pada jeragat. Biarkannya sekejap dan bilas sampai bersih (tempoh masa 5 minit pun sudah cukup) dengan air suam.

Petua 2
 Rendamkan tisu dalam putih telur dan tekapkan pada muka anda. Tunggu sehingga tisu kering. Buang tisu tersebut dan cuci muka seperti biasa.

Petua 3 Gosokkan sireh muda yang disimpan dalam peti sejuk semalaman di tempat-tempat yang ada jeragat.

Macam kima sendiri,dengan masa yang agak terhad kima memang cari produk yang senang untuk makan.Jom kita cadangkan korang produk shaklee yang sesuai.Kima sendiri mengamalkan vitamin c dan Esp setiap hari untuk cegah jeragat.Sebab bila umur atas 30an memang senang jeragat nak naik.



B complex : penting untuk kestabilan hormon. Dapatkan secara tidak langsung mengurangkan stres yang menyebabkan terjadinya muka berjerawat dan jeragat.



Vitamin C : penting 
untuk pembentukan kolagen. Pengambilan vitamin C konsisten membantu anda dapatkan kulit yang tampak lebih cerah, ianya juga melambatkan proses penuaan dan menyekat pembentukkan pigmentasi dan ini membantu mengurangkan kejadian jeragat.



Vitamin E : 
juga terkenal sebagai vitamin awet muda sebab ianya dapat membantu keseimbangan hormon dan dapat mengawal kadar minyak dalam liang kulit. Justeru itu penting untuk mereka yang bermasalah kulit berminyak dan berjeragat.





ESP(PROTEIN) : sangat penting dalam penghasilan sel baru dan secara langsung mengurangkan kesan kulit mati dan kekerapan kejadian jeragat. Tompokan hitam pada kulit akibat jerawat sukar dihilangkan. Akan tetapi insyaallah dengan mencukupkan kandungan protein dalam badan, dapatlah sel-sel baru dihasilkan sebelum kesan jeragat baru terjadi.




GLA complex : dapat melambatkan menopaus dan melegakan simpton menopaus  seperti hot flashes, insomnia, ketidakhadaman dan depresi. Pengambilan jangka panjang akan melambatkan penuaan, mengetatkan uterus, memberi tona kulit yang sekata dan justeru kulit tampak lebih muda.




Collegen Powder:  Kolagen adalah tisu penyambung yang membantu mengekalkan kekuatan dan keanjalan kulit (dan rambut, kuku, otot, tulang, sendi, mata, saluran darah dan sebagainya). Semakin meningkat usia kita, semakin lambat badan kita hasilkan kolagen, jadi kita boleh mengambil kolagen tambahan untuk mengekalkan dan “melambatkan” penuaan wajah

Semoga entry kali ini membantu kita dalam berkongsi ilmu dan mendatangkan manfaat pada semua.Kalau korang nak tanya pasal shaklee boleh klik di sini

Thursday, 22 June 2023

Amalkan Gaya Hidup Sihat

 Entry kali ini kima nak share pasal gaya hidup sihat.Isu kesihatan seringkali menjadi topik perbincangan di kaca televisyen dan dada-dada akhbar. Kebanyakan di antara masyarakat kita menghidap penyakit yang menjejaskan kesihatan mereka sehingga boleh meragut nyawa.



 Fakta yang menggerunkan ini perlu diubah dengan menggalakkan seluruh masyarakat di tanah air ini untuk mengamalkan gaya hidup sihat. Mekanisme ini bukan sahaja dapat mengurangkan risiko menghidap obesiti tetapi ia juga menyumbang kepda pengurangan risiko menghidapi penyakit berbahaya lain seperti penyakit jantung, obesiti, darah tinggi dan kencing manis. Oleh itu, penting untuk kita tahu apakah cara-cara memupuk amalan gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat di Malaysia?

1.Menjaga kebersihan diri dan persekitaran

mengamalkan gaya hidup yang sihat adalah dengan menjaga kebersihan diri dan persekitaran. Perkara asas seperti mandi, menggosok gigi, memakai pakaian yang bersih dan kemas serta mendapatkan tidur atau rehat yang cukup adalah mustahak untuk diamalkan. Disiplin ini sedikit sebanyak dapat mendorong kita untuk melakukan aktiviti gaya hidup seihat yang lain. Tambahan pula, menjaga kebersihan persekitaran khususnya dikawasan tempat tinggal kita dapat menghindari daripada penyakit-penyakit berjangkit seperti denggi dan keracunan makanan. Sebagai contoh, sebelum menjamu selera, kita hendaklah mencuci tangan dengan bersih dan menutup makanan atau lauk-pauk dengan betul supaya tidak dihinggap lalat. Segelintir di antara ahli masyarakat bersikap sambil lewa apabila menjaga kebersihan sehingga membawa padah kepada diri dan juga masyarakat sekeliling. Tegasnya, menjaga kebersihan diri dan persekitaran adalah disiplin yang diperlukan untuk mengamalkan gaya hidup sihat.



2.Pemakanan yang seimbang

Semua sedia maklum bahawa makanan merupakan elemn penting dalam memastikan kesihatan kita berada di tahap yang terbaik. Berdasarkan piramid makanan yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, kita digalakkan untuk memakan hidangan yang tinggi kandungan karbohirat, syaur-sayuran dan buah-buahan dengan banyak. Manakala makanan yang mempunyai protein daripada ikan, ayam, daging serta produk tenusu dalam pula diambil kadar sederhana. Makanan yang mengandungi lemak, minyak, gula dan garam yang tinggi hendaklah dikurangkan. Dengan pengambilan zat dan nutrien yang cukup, nescaya tubuh badan kita akan menjadi lebih sihat dan cergas. Masyarakat hari ini lebih gemar untuk memakan makanan restoran segera serta makanan yang telah diproses kerana menjimatkan masa, tenaga dan mendapat hidangan yang sedap. Tetapi jika dialakan dengan kerap, ia pasti menjejaskan kesihatan diri. Bak kata pepatah, turutkan rasa binasa, turutkan hati mati. Izharnya, pemakanan seimbang adalah ciri penting dalam amalan gaya hidup sihat.




3.Penyertaan dalam aktiviti sukan atau rekreasi.

Apabila seseorang bersukan, ia dapat membantu individu tersebut membakar kalori dan lemak, mengeluarkan peluh atau toksin dari badan serta membina otot yang penting untuk pertumbuhan badan. Secara tidak langsung ia dapat meningkatkan imunisasi dan ketahanan diri. Setiap di antara kita hanya perlu meluangkan masa sekurang-kurangnya 30 minit sehari untuk beriadah atau bersukan. Pastikan anda melakukan aktiviti yang sesuai dengan kemampuan diri masing-masing di mana golongan warga emas boleh beriadah hanya dengan berjoging atau melakukan senam robik manakala golongan dewasa dan kanak-kanak boleh bersukan dan sebagainya. Jelas bahawa amalan gaya hidup sihat adalah penyertaan aktiviti sukan atau rekreasi yang memberikan pelbagai manfaat lain khususnya dari aspek kesihatan.

4.Melakukan pemeriksaan kesihatan secara berkala sebagai amalan gaya hidup sihat.

Kita digalakkan melakukan pemeriksaan kesihatan secara berkala sebagai amalan gaya hidup sihat. Umum mengetahui bahawa kita memiliki fasiliti kesihatan awam yang berpatutan dan wajar dimanfaatkan oleh semua lapisan masyarakat. Ibu dan bapa boleh membawa anak-anak untuk melakukan pemeriksaan kesihatan di klinik kesihatan yang dibina hampir di setiap daerah seluruh Malaysia. Pemeriksaan seperti tekanan darah, paras gula dalam darah dan tahap kolesterol serta pemeriksaan gigi boleh dilakukan enam bulan sekali atau dua kali setahun. Jika kita menghidapi penyakit tanpa sedar, tindakan ini dapat membantu kita untuk mengesan tanda-tanda awal dan merawatnya sebelum sakit yang lebih kronik menyerang. Persis kata peribahasa, ingat antara belum kena, hemat antara belum habis. Intihannya, melakukan pemeriksaan kesihatan adalah salah satu gaya hidup yang sihat.

Kesimpulannya, banyak usaha dan cara untuk mengamalkan gaya hidup yang sihat oleh masyarakat pada hari ini. Kita perlu membuka mata dan melihat kepentingan dan kesan menjaga kesihatan kepada diri, keluarga, masyarakat dan juga negara. Sekiranya masyarakat berjaya mengamalkan gaya hidup sihat, pasti fasiliti kesihatan tidak dipenuhi pesakit sebaliknya fasiliti sukan dan rekreasi menjadi tumpuan dan pusat komuniti utama untuk negara. Selain itu, masyarakat yang sihat dari setiap aspek fizikal dan mental akan melahirkan individu yang berketrampilan tinggi dan disegani ramai. Hasilnya kelak, generasi masa hadapan kita mampu memacu negara ke arah yang lebih baik. Peribahasa melayu berkata, hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Semoga setiap usaha untuk menjadikan amalan gaya hidup sihat sebagai satu rutin dalam diri setiap individu disokong dan memberikan hasil yang diingankan.



Semoga entry kali ini membantu kita dalam berkongsi ilmu dan mendatangkan manfaat pada semua.

Mengapa Saya memilih vitamin Shaklee?

  Assalamualaikum, Entry kali ini kima nak share tentang istimewanya vitamin c shaklee yang buat kita tak pandang dah jenama lain.Sebelum ki...