Sunday, 4 June 2023

Jangan Pernah Berhenti Berdoa

 Hai semua,entry kima kali nak share tentang motivasi jangan pernah berhenti berdoa.Mungkin nampak simple jek tajuk ini.Tapi dalam maksud dia.Sebab semua orang diajar untuk berdoa.Tak kisah la korang agama apa betul tak.Dengan keyakinan terhadap agama masing-masing tuhan akan makbulkan doa kita.


Perkataan doa diambil dari Bahasa Arab yang merupakan ‘nama terbitan’ (masdar) dari kata kerja (perbuatan) ‘Da’aa, dari sudut bahasa bererti ‘seruan’, panggilan, ajakan atau permintaan.

Jika dilihat dari segi pengertian syara’, doa adalah ‘memohon kepada Allah SWT dengan meminta kebaikan dari sisiNya dengan penuh ketulusan hati dan penuh pengharapan. Pengertian ini dijelaskan oleh Allah dalam beberapa tempat di dalam al-Quran salah satu hal yang selayaknya dilaksanakan oleh seorang mukmin adalah berdoa. Berdoa kepada Allah subhanahu wa ta’ala baik di kala sedih atau senang, baik di kala sempit atau lapang, kerana Allah subhanahu wa ta’ala memerintahkan kita untuk senantiasa berdoa kepada-Nya.Malah agama lain jugak pun sama jugak.

KELEBIHAN DAN KEUTAMAAN DOA

1- Doa merupakan tali penyambung yang kukuh antara hamba dan RabNya.

2- Doa merupakan satu bentuk ibadah kepada Allah.

3- Doa merupakan satu bentuk zikir kepada Allah.

4- Doa merupakan senjata yang ampuh bagi setiap mukmin dalam menghadapi realiti kehidupan.

Minta yang baik-baik dari Allah,tetapi juga jangan lupa untuk letakkan usaha terhadap sesuatu jangan kita doa sahaja.Bila kita berdoa tetap la yakin bahawa satu hari nanti pasti Allah akan tunaikan cuma waktu itu kita tahu bila.Sebelum ini kima pernah share entry sebelum ini yang aidilfitri kali nie paling bermakna seumur hidup kima,di mana doa yang bertahun-tahun kima doa sejak dari umur 10 tahun.Finally Allah makbulkan bila kima berusia 33 tahun.Dulu masa kima berdoa itu selalu gak tertanya bila ek doa kima nak makbul,apa ek perlu buat,macam-macam benda terlintas di kepala,tapi kima terus jek berdoa.Sebab kima percaya Allah akan makbul kan kalau tak dunia mungkin di akhirat.Bertahun kan berdoa tanpa henti dan jemu.Cuma apa yang kima doa itu melibatkan manusia dan manusia.Hati manusia ini Allah yang pegang,bila Allah gerakkan hati manusia,Insyallah akan makbul doa kita.Begitu jugak dengan doa yang tidak melibatkan manusia tetapi hajat kita nak sesuatu.


Cara berdoa ikut pada kepercayaan agama masing-masing

Memohon doa adalah seperti meminta pertolongan dari pihak berkuasa yang mampu menyelesaikan masalah anda. 

Sama juga ketika memohon kepada Allah Yang Maha Berkuasa, setakat mana doa itu dapat dimakbulkan adalah bergantung kepada perkara-perkara yang perlu dijaga seperti adab, tempat dan waktu mustajab memohon doa. 

Antara tertib berdoa yang berpotensi mendapat perkenan Allah ialah:

  1. Bertaubat kepada Allah S.W.T terlebih dahulu atas segala kesalahan yang telah dilakukan. Boleh mengerjakan solat sunat taubat dan disusuli dengan beristighfar.
  2. Lakukan solat-solat sunat seperti solat tasbih, solat tahajjud dan witir sebelum berdoa.
  3. Tadah tangan ke arah kiblat sambil menghadirkan rasa ikhlas di dalam hati dan bersungguh-sungguh untuk memohon hajat ke hadrat Allah S.W.T
  4. Mulakan doa dengan bertasbih seperti Alhamdulillah atau menyebut nama-nama Allah yang agung. Kemudian berselawat ke atas Rasulullah s.a.w.
  5. Lafazkan permohonan anda dengan rasa rendah diri dan suara yang sederhana kuat.
  6. Berdoalah dengan sepenuh hati. Tanamkan keyakinan dan pengharapan bahawa Allah akan memakbulkan doa anda itu.
  7. Disarankan mengulang-ulang doa tersebut sebanyak tiga kali.
  8. Akhiri doa dengan memohon keselamatan hidup di dunia dan akhirat, diikuti selawat ke atas Rasulullah s.a.w dan memuji Allah S.W.T

Walaupun semua tertib ini diikuti, ia masih belum menjamin doa anda tersebut termakbul sekiranya aspek-aspek lain dalam kehidupan anda tidak dijaga. 

Pastikan makanan yang anda makan, baju yang anda pakai, kereta yang anda bawa dan rumah yang anda diami datang dari sumber rezeki yang halal.

Memilih waktu untuk berdoa juga memainkan peranan yang penting untuk memperoleh doa yang mustajab. 

Antara waktu-waktu yang mustajab untuk berdoa adalah:

  1. Sepanjang bulan Ramadan terutamanya Lailatul Qadar
  2. Satu pertiga malam iaitu daripada waktu tengah malam sehingga waktu fajar.
  3. Pada hari wuquf di Arafah
  4. Sepanjang hari Jumaat. Ada pendapat ulama’ mengatakan hanya satu waktu sahaja dalam hari Jumaat yang doanya dimakbulkan oleh Allah.
  5. Malam dua hari raya iaitu Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha
  6. Setiap kali selepas solat fardhu.
  7. Waktu antara azan dan iqamat
  8. Ketika sujud dalam solat fardhu
  9. Selepas solat Asar.

Anda juga perlu berusaha berdoa pada bila-bila masa dan keadaan selain perlu mematuhi adab berdoa. 

Mungkin doa anda tidak akan ditunaikan dalam masa yang terdekat tetapi anda perlu yakin kepada Allah S.W.T dan sentiasa bersabar memohon doa tersebut.Diharapkan perkongsian kima kali ini memberi kita inspirasi bahawa berdoa itu penting dalam kehidupan kita tak kisah la agama apa pun.Dan sentiase la berdoa untuk minta apa yang kita nak.Sentiasa bercakap dengan Allah.Sebab hanya dia yang faham apa yang terbaik untuk kita.


#blogmegashaklee
#nextlevelblogging
#shakleetriump2023
#shakleethrive2023




No comments:

Post a Comment

Mengapa Saya memilih vitamin Shaklee?

  Assalamualaikum, Entry kali ini kima nak share tentang istimewanya vitamin c shaklee yang buat kita tak pandang dah jenama lain.Sebelum ki...