Alhamdulillah aidilfitri kali ini paling bermakna sepanjang hidup kima 33 tahun.Ada sesuatu yang dah berpuluh tahun kima doa.Akhirnya Allah makbulkan.Tak tahu nak huraikan macam mana perasaan itu,cuma kima nak pesan,kalau korang ada doa tapi Allah tak makbulkan doa la selagi kita bernyawa,insyaAllah Allah akan makbulkan lambat dan cepat.
Tahun 2023 ini raya kali nie memang mencabar sikit,sebab cuaca kat Melaka lagi panas dari Selangor.Tahun ini banyak jugak dapat jemputan dari sedara-mara dan kawan-kawan untuk majlis open house.
1.Pakaikan mereka baju yang sesuai
Sebelum kita pergi ke majlis open house pastikan kita tahu majlis itu buat di mana,rumah atau dewan.Pastikan pakaian mereka mudah serap peluh dan jangan pakaikan baju yang terlampau heavy.Sebab kima perasan ada parents yang suka pakaikan anak dengan pakaian yang tak sesuai dan buat anak mereka cepat meragam.
2.Masa untuk kita berada di majlis open house
Kebiasaan majlis open house memang akan ada ramai orang,macam kiteorang kalau tak crowded sangat boleh la stay sampai 30 minit.Nie maksimum.Kalau crowded giler memang dalam 15 minit jek.Even anak kima yang kecik itu dah 4 tahun kami masih lagi buat style sama.
3.Makan bergilir dengan pasangan
Bila dah ada anak jangan la korang makan serentak,kena gilir-gilir.Kalau tak nanti bila anak meragam dah kita berdua kalut nak makan cepat dan nak balik.Macam kima sendiri,suami akan ambik dulu makanan,then dia makan dulu lepas dia makan baru turn kima makan.Sebab dia makan laju dari kima.Haha
4.Ambik makanan yang hendak makan sahaja.Jangan membazir
Banyak kima perhatikan bila pergi open house ambik terlampau banyak makanan,lepas itu tak habis,biar tinggal atas meja.Perbuatan membazir itu kan tak elok.Ambik kuantiti yang cukup dan makanan yang korang nak makan jek.Jangan ambik lebih.
5.Pastikan anak makan tak terabur
Untuk anak yang pandai makan sendiri korang boleh la korang makan sekali tapi kena pantau anak itu jugak.Kalau terabur pastikan kemas.Hormat tuan rumah dah penat kemas dan masak untuk kita.Ajar anak jugak untuk kutip makanan yang berterabur,elakkan ea dari bercakap ala budak-budak mesti la makan terabur.Dari mereka kecil la kita nak didik mereka bertanggungjawab atas kesalahan mereka.
6.Pastikan kemas lepas makan
Bila dah makan di open house,jangan la biar pinggan itu atas meja jek,bawa la ke dapur dan kalau rajin basuhkan sekali.Kurangkan beban tuan rumah.Kalau yang guna jenis plastik makan pastikan buang dalam tong sampah.Jangan biarkan tinggal atas meja.
7.Ucap terima kasih pada tuan rumah
Bila nak balik itu jangan la lupa ucap terima kasih pada tuan rumah atas jemputan untuk kita.Biarpun nampak kecik tapi besar kesannya.Adab berbudi dan berbahasa amalan mulia untuk kita semua.
Untuk maintain kurus di musim hari raya nie,kima suggestkan korang untuk cuba produk di bawah ini.
#blogmegashaklee
#nextlevelblogging
#shakleetriump2023
#shakleethrive2023
.jpeg)
.jpeg)

.jpeg)
.jpeg)
No comments:
Post a Comment