Entry kali ini kima nak share pasal gaya hidup sihat.Isu kesihatan seringkali menjadi topik perbincangan di kaca televisyen dan dada-dada akhbar. Kebanyakan di antara masyarakat kita menghidap penyakit yang menjejaskan kesihatan mereka sehingga boleh meragut nyawa.
Fakta yang menggerunkan ini perlu diubah dengan menggalakkan seluruh masyarakat di tanah air ini untuk mengamalkan gaya hidup sihat. Mekanisme ini bukan sahaja dapat mengurangkan risiko menghidap obesiti tetapi ia juga menyumbang kepda pengurangan risiko menghidapi penyakit berbahaya lain seperti penyakit jantung, obesiti, darah tinggi dan kencing manis. Oleh itu, penting untuk kita tahu apakah cara-cara memupuk amalan gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat di Malaysia?
1.Menjaga kebersihan diri dan persekitaranSemua sedia maklum bahawa makanan merupakan elemn penting dalam memastikan kesihatan kita berada di tahap yang terbaik. Berdasarkan piramid makanan yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, kita digalakkan untuk memakan hidangan yang tinggi kandungan karbohirat, syaur-sayuran dan buah-buahan dengan banyak. Manakala makanan yang mempunyai protein daripada ikan, ayam, daging serta produk tenusu dalam pula diambil kadar sederhana. Makanan yang mengandungi lemak, minyak, gula dan garam yang tinggi hendaklah dikurangkan. Dengan pengambilan zat dan nutrien yang cukup, nescaya tubuh badan kita akan menjadi lebih sihat dan cergas. Masyarakat hari ini lebih gemar untuk memakan makanan restoran segera serta makanan yang telah diproses kerana menjimatkan masa, tenaga dan mendapat hidangan yang sedap. Tetapi jika dialakan dengan kerap, ia pasti menjejaskan kesihatan diri. Bak kata pepatah, turutkan rasa binasa, turutkan hati mati. Izharnya, pemakanan seimbang adalah ciri penting dalam amalan gaya hidup sihat.
Apabila seseorang bersukan, ia dapat membantu individu tersebut membakar kalori dan lemak, mengeluarkan peluh atau toksin dari badan serta membina otot yang penting untuk pertumbuhan badan. Secara tidak langsung ia dapat meningkatkan imunisasi dan ketahanan diri. Setiap di antara kita hanya perlu meluangkan masa sekurang-kurangnya 30 minit sehari untuk beriadah atau bersukan. Pastikan anda melakukan aktiviti yang sesuai dengan kemampuan diri masing-masing di mana golongan warga emas boleh beriadah hanya dengan berjoging atau melakukan senam robik manakala golongan dewasa dan kanak-kanak boleh bersukan dan sebagainya. Jelas bahawa amalan gaya hidup sihat adalah penyertaan aktiviti sukan atau rekreasi yang memberikan pelbagai manfaat lain khususnya dari aspek kesihatan.
4.Melakukan pemeriksaan kesihatan secara berkala sebagai amalan gaya hidup sihat.
Kesimpulannya, banyak usaha dan cara untuk mengamalkan gaya hidup yang sihat oleh masyarakat pada hari ini. Kita perlu membuka mata dan melihat kepentingan dan kesan menjaga kesihatan kepada diri, keluarga, masyarakat dan juga negara. Sekiranya masyarakat berjaya mengamalkan gaya hidup sihat, pasti fasiliti kesihatan tidak dipenuhi pesakit sebaliknya fasiliti sukan dan rekreasi menjadi tumpuan dan pusat komuniti utama untuk negara. Selain itu, masyarakat yang sihat dari setiap aspek fizikal dan mental akan melahirkan individu yang berketrampilan tinggi dan disegani ramai. Hasilnya kelak, generasi masa hadapan kita mampu memacu negara ke arah yang lebih baik. Peribahasa melayu berkata, hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Semoga setiap usaha untuk menjadikan amalan gaya hidup sihat sebagai satu rutin dalam diri setiap individu disokong dan memberikan hasil yang diingankan.




thank sharing Kima
ReplyDelete